"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yang menangis teresak-esak bukan Mufti Arab Saudi

Dr Wan Ahmad Razwan,
Assalamualaikum wrwbt.

Saya merujuk "Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak..."

Saya sudah meneliti rakaman video tersebut dan cerita yg dilaporkan orang ramai dalam alam maya itu didapati hanya untuk menyedapkan sebaran. Tokoh panel dalam video tersebut bukanlah Mufti Arab Saudi, tetapi seorang pendakwah yg bernama Syeikh Abd Aziz Fawzan. Beliau menangis apabila mengulas tentang kejahilan seorang "liberalist" wanita yg bernama Hessa Asy- Syeikh yg menulis dalam akaun twitternya dengan menyamakan lagu Muhammad Abdu (penyanyi Arab Saudi) seperti Kalam ALLAH.

Memberi bantuan kepada rakyat Somalia adalah suatu tuntutan agama, tetapi bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang menyandarkan sesuatu berita secara palsu. Inilah bentuk perekaan "hadith" palsu zaman moden !!

Di bawah ini video yg dimaksudkan -

1 ulasan:

Unknown berkata...

APA TINDAKAN KITA BILA UMAT ISLAM ROHINGYA DIPERLAKUKAN SEBEGINI- saya rasa gambar ini juga tidak betul dengan kenyataan. Saya rasa yang terkorban adalah rakyat negara afrika (saya lupa negara mana) yang terkorban akibat berebut mengambil minyak petrol apabila lori tersebut terbalik..tetapi tiba-tiba meletop *Berita Buletin TV3* baru-baru ni..*maaf sekiranya fakta saya silap*