"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah yang dikatakan melayu baham melayu

PETALING JAYA: DAP memohon jasa baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk campur tangan bagi memulangkan keuntungan sebanyak RM5 juta yang dikaut dua pemimpin Umno negeri sebagai broker tanah.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, sebagai broker tanah mereka mengaut keuntungan sebanyak 57 peratus dalam tempoh tiga bulan setengah sahaja daripada 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau.

Dua pemimpin tersebut ialah Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Dato’ Musa Sheikh Fadzir dan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Dato’ Omar Haji Faudzar.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun tindakan kedua-dua pemimpin Umno ini tidak salah tetapi tindakan mereka sebagai broker tanah untuk menjual tanah Melayu untuk kepentingan peribadi adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan berprinsip.

“Keuntungan dari penjualan tanah itu sepatutnya dimiliki pemilik tanah Melayu kerana mereka sering mendakwa kononnya mempertahankan hak tanah Melayu,” terang beliau, dipetik dari blog rasminya.

Menurut beliau, minggu lalu Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain telah mendedahkan skandal penjualan tanah oleh kedua-dua pemimpin Umno ini yang membabitkan hampir 10 ekar tanah di Kampung Terang, Balik Pulau iaitu;
  • Tanah dipindah milik daripada 31 pemilik tanah Melayu kepada Maison Heights Sdn Bhd pada 31 Januari 2012 dengan jumlah harga RM8.6 juta;
  • Maison Heights telah ditubuhkan pada 6 Mac 2009 untuk tujuan pembinaan, tanah, pelaburan dan pemajuan hartanah serta perdagangan am;
  • Maison Heights mempunyai modal berbayar RM1 juta dan dimiliki oleh Dato’ Musa dengan RM500,000 saham, Dato’ Omar Harun dengan RM499,999 sementara adik Dato’ Omar mempunyai RM1 saham.
  • Maison Heights telah menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd pada 16 Mei 2012 dengan harga RM13.5 juta.
Transaksi tanah

Lim menerangkan, dalam erti kata lain, Maison Heights atau Musa dan Omar telah mengaut keuntungan hampir RM5 juta daripada transaksi tanah dalam masa tiga bulan setengah.

“Keuntungan RM5 juta ini daripada pelaburan asal RM8.6 juta bermaksud margin keuntungan adalah 57% dalam masa 3.5 bulan sahaja – satu keuntungan yang luar biasa dalam masa yang singkat,” jelas beliau.

Beliau juga menyoal, “adakah ini caranya pemimpin Umno mempertahankan hak Melayu – dengan mengaut keuntungan yang sepatutnya dimiliki orang Melayu awam?

Menurut Lim, sehingga sekarang, mereka belum lagi menjelaskan bagaimana keuntungan RM5 juta itu boleh membawa manfaat kepada 31 pemilik tanah Melayu tersebut.

“Dahulu, kedua-dua pemimpin Umno ini telah mengkritik kerajaan negeri kerana ingin mengambil tanah Melayu dengan menuduh kononnya untuk menghalau orang Melayu daripada Pulau Pinang.

“Umno juga telah mengkritik kerajaan negeri kerana ingin memperoleh tanah 100 ekar di kawasan lain di Balik Pulau untuk tujuan pendidikan dengan mendirikan Asian Women Leadership University (AWLU),” tambahnya.

Ujar beliau, “kerajaan Pulau Pinang telah menjadi mangsa dengan serangan rasis Umno walaupun 60% tanah tersebut dimiliki bukan Melayu dan hanya 40% dimiliki orang Melayu.”

AWLU telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Februari 2012 sebagai projek utama pendidikan dalam usaha mentransformasikan Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi.

Tiada ulasan: