notan
Assalamualaikum,,..
Sebab apa agaknya, semua perkara berkaitan DSAI akan mendapat perhatian dan counter attack dari orang orang yang ada banyak ilmu agama seperti DHA? Cepat pula responnya, sebaik sahaja Saiful mengadakan sidang akhbar meminta Ayahnya pulang ke pangku jalan.
Tidakkah orang seperti DHA ini tidak faham dengan ajaran Rasullullah tentang bersangka baik? Tidakkah orang macam DHA ini faham dengan erti keadilan kerana secara jelas dia berpihak kepada Saiful walaupun banyak perkara yang meragukan termasuk kata katanya semasa sidang akhbar itu yang begitu angkuh dengan penciptanya mengulangi sumpah laknat yang jelas tidak mengikut apa yang diajar oleh Islam sehingga menyebabkan imam yang ditugaskan mendengar sumpahnya bergegas ke Permatang Pauh menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sumpahnya?
Sebaliknya DHA melemparkan prasangka yang tiada bukti hanya dengan andaian bahawa pengakuan ayah Saiful adalah mainan politik DSAI.Tetapi DHA tidak pula menyatakan atas asas apa ayah Saiful boleh terpengaruh dengan DSAI walaupun dia membangkitkan masalah yang dihadapi oleh ayah Saiful ini.Umum tahu, sebab utama Saiful jadi begitu ialah kerana wang dan kerana masalah kewangan jugalah ayah Saiful menyokong anaknya ketika perbicaraan. Ayah Saiful dah buat pusingan U, sepatutnya juga kerana wang, jadi berapa jumlah yang dibayar oleh DSAI? DHA tidak menyatakannya.
DHA tiba tiba saja jadi tidak cerdik, melemparkan tohmahan tanpa bukti malah boleh jadi bahan ketawa orang kerana DHA seperti ramai ahli UMNO lainnya cukup tahu, yang berduit ialah UMNO, maknanya kalau DSAI menawarkan duit sekalipun, UMNO bila bila masa sahaja boleh counter, tak ada masaalah.
Sepatutnya DHA sebagai seorang yang tahu tentang hukum hakam simpati dengan Saiful yang bermain main dengan sumpah laknat bukan menyokongnya dengan dakwaan istiqamah. Kerana istiqamah itu merujuk kepada perkara baik, bukan soal sumpah laknat si Saiful.DHA nampaknya bersikap "kura kura dalam perahu" dan tidak mahu membuka minda doktor pala sampahnya untuk melihat hikmah ALLAH dari kejadian ini.Malah DHA menjadi dua kali bodoh, apabila mendakwa kerosakan moral DSAI sudah diketahui sejak 1998 lagi.Bodohnya DHA kerana enggan mengakui kuasa ALLAH yang menyelamatkan DSAI dari segala percubaan membunuhnya sejak 1998. Apaklah seorang yang ada PHD, yang mendakwa sentiasa menganalisa fakta sebelum membuat rumusan tidak nampak semua ini?
Agak menhairankan kalau DHA ditipu atau tertipu dengan penampilan Saiful, yang tahun lalu penampilannya seperti seorang yang beriman ketika mengerjakan haji, tetapi ketika tampil mengadakan sidang akhbar tiba tiba tanda itu hilang, tak sampai setahun.Masakan Doktor macam DHA boleh tertipu? Begitu juga ketika perbicaraan, Saiful ada memberitahu mahkamah bahawa dia berdiam diri dan menggunakan pelincir ketika diliwat oleh DSAI. DHA yang mendakwa sentiasa menganalisa fakta mustahil tidak nampak pembohongan fakta oleh Saiful ini.
Pendek kata cara DHA menulis mempertikai pengakuan ayah Saiful penuh dengan dendam sehingga dia tidak menyedari apa yang ditulisnya atas nama presiden JATI, penuh dengan tohmahan yang antaranya bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku.DSAI tidak terdesak malah semakin mendapat sokongan, DHA gagal melihat tiada unsur kebendaan yang terbabit dalam pengakuan ini dan mungkin sengaja mengabaikan unsur unsur yang tidak kena dalam sidang akhbar Saiful.
Atau mungkin DHA boleh membawa bukti berapa banyak yang dibayar oleh DSAI kepada ayah Saiful? Kemungkinan tawaran kewangan dari UMNO kepada ayah Saiful sentiasa ada untuk mengubah pengakuannya seperti P.I. Bala.
DHA mempertikaikan persoalan moral DSAI, tetapi bagaimana pula moral Najib? P.I. Bala yang dibayarpun akhirnya kembali mempertahankan akuan sumpah yang pertamanya benar, yang bermakna ada juga pengakuan Najib yang TIDAK BERMORAL? Atau DHA tunggu sehingga kes Najib dibicara di mahkamah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan