"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lahad Datu: Video pertemuan Jeneral Musa dan talibarut warga tempatan tersebar!!


Klip video ini memperlihatkan Jeneral Musa, orang nombor dua pengganas di Lahad Datu bersama seorang tali barut warga tempatan.

Dikatakan lelaki yang menerima topi dari Haji Musa adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Namun tidak diketahui nasib Haji Musa sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.

Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"..

Haji Musa masih belum dapat dipastika samada masih hidup atau telah meninggal kerana dibunuh pihak Tentera kerana wujud percanggahan laporan mengenainya..

Menurut Bernama beliau telah terbunuh ini kerana hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain, Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan mengesahkan salah satu dari 16 mayat itu ialah Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa.

Hussein berkata, identiti Komander Musa yang berusia lingkungan 50-an dikenal pasti hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain.

Tetapi The Malaysian Insider pula melaporkan ...

Komander Musa masih hidup dan ‘menikmati kopi’, Dakwa keluarga Kiram

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan Malaysia telah membunuh “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.

“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.

Jurucakap tersebut juga mempertikaikan angka daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai bilangan kematian militan Sulu, mengatakan hanya 23 anggota kumpulan itu telah dibunuh setakat ini.

Menurut angka daripada polis tempatan, 56 militan Sulu telah gugur sejak serangan bermula pada 1 Mac ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: