"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

"Mad Bon" dalang tragedi malang Lahat Datu?

AMK SABAH
Angkatan Muda KEADILAN Sabah percaya pencerobohan di Lahad Datu oleh tentera kesultanan Sulu, 9 Februari lalu didalangi 'orang dalam' termasuk pemimpin Umno tempatan.
Dalam kenyataan media hari ini, AMK Sabah menggesa polis menyiasat sesiapa sahaja yang bersubahat, merancang dan menyeludup masuk penceroboh berkenaan.

Ia katanya termasuk peranan Ketua cawangan Umno Sungai Nyamuk bernama Ahmad Malandi @ Mat Bom seperti disiar dalam laman web 'Sabahkini' pada 27 Februari, bertajuk "Ketua Cawangan Umno ketua Mundu".

Laman web berkenan sebelum ini mendakwa mendapat maklumat hanya 76 'tentera' sahaja yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di Felda Sahabat 18.

Sabahkini juga mengesyaki Ahmad dan anaknya, Mohd Ali membiayai pembelian senjata api terhadap kumpulan penceroboh berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan menangung makan minum mereka.

Dilapor Bernama

Carian Keadilandaily mendapati Bernama turut melaporkan nama Ahmad Malandi atau Mad Bon dalam kronologi berita pencerobohan Lahad Datu yang disiar 1 Mac.

Kronologi berkenaan menyatakan pada 12 Februari, kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dikenalpasti berpecah di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau dan rumah Ahmad Malandi atau 'Mad Bon'.

Dalam pada itu, AMK Sabah juga menggesa polis menyiasat artikel bertajuk 'Penceroboh Mahu Temui Personaliti' seperti disiar dalam laman web yang sama.

Menurutnya, hingga kini identiti individu tersebut masih dirahsiakan."Apakah hubung kait, kepentingan dan tujuan 'Individu' yang dirahsiakan itu dengan Anggota penceroboh bersenjata," ujar kenyataan tersebut.

AMK Sabah berkata, pencerobohan itu adalah tidak masuk akal dan seolah sandiwara yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat.

Ini kerana, dakwanya, kumpulan dikatakan penceroboh itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Illanun, Kalagan, Kalibungan, Maranao, Tausug, Bajau, Suluk dan sebagainya.

"Kebanyakan mereka ini juga sering ke Sabah, mempunyai rumah, pekerjaan dan mempunyai banyak keluarga.

"Malah, ramai daripada mereka juga adalah warganegara Malaysia kerana memiliki kad pengenalan dan hidup aman damai. Semua ini dikecapi tanpa perlu berperang atau pertumpahan darah," ujarnya.

Tiada ulasan: