"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan BN guna spyware untuk intip kita?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: New York Times dilaporkan berkata Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian ‘FinSpy’, sebuah program untuk mengintip penjenayah, pengganas dan pemerdagangan manusia yang kini disalahgunakan untuk mengintip rakyatnya sendiri.


Selain Malaysia, para pengkaji Citizen Lab yang berasal daripada University of Toronto’s Munk School of Global Affairs mendapati Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Britain juga menggunakan perisian yang sama.

“Selain menangkap penculik dan pengedar dadah, ia dilihat mirip digunakan kepada memerhatikan lawan politik,” kata penyelidik keselamatan Morgan Marquis-Boire yang dipetik The Malaysian Insider berdasarkan laporan di NYT.

Pengarah urusan Gamma Group Martin J Muench yang menjual FinSpy berkata teknologi itu dijual kepada kerajaan-kerajaan untuk mengawai penjenayah dan ia selalu digunakan untuk penjenayah salah laku seksual kepada kanak-kanak, pengganas, jenayah terancang, penculikan dan pemerdagangan manusia.

Marquis-Boire pula berkata perisian FinSpy boleh disalahguna di negara-negara yang tidak mempunyai undang-undang yang lengkap.

Antara negara yang mempunyai server FinSpy ialah Malaysia, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Canada, the Czech Republic, Estonia, Ethiopia, Germany, India, Japan, Latvia, Mexico, Mongolia, Netherlands, Qatar, Serbia, Turkmenistan, the United Arab Emirates dan Vietnam.

Dalam laporan yang dikeluarkan kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch, menyatakan Malaysia masih belum membuat apa-apa untuk memperbetulkan perjanjian teras hak asasi manusia, walaupun menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, laparan The Malaysian Insider juga berkata Putrajaya yang dipimpin BN terus melanggar hak untuk berpersatuan dan perhimpunan awam, walaupun telah mengurangkan sekatan kebebasan bersuara dengan pengenalan Akta Keterangan.

Finspy, lapor TMI, telah digunakan dalam emel yang mensasarkan seteru politik di Habsyah, dan telefon Android di Vietnam, emel aktivis di Bahrain, dan Menteri Komunikasi Turkmenistan turut menggunakan FinSpy dalam sistem komputer mereka sendiri.

“Hasil kajian kami mendapati percanggahan yang semakin meningkat antara rungutan orang ramai terhadap Gamma yang mana FinSpy lebih banyak digunakan semata-mata untuk mengesan ‘orang jahat’ dan badan yang semakin meningkat bukti yang menunjukkan bahawa alat itu berterusan digunakan sebagai menentang pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia,” laporan Citizen Lab yang dipetik The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: