"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lu fikir lah sendiri

Syed Abdullah Jamalullail
Hanya untuk makluman dan renungkanlah sepuas-puasnya bagaimana untuk mengubah persepsi bahawa apa juga pertandingan mempunyai berbagai hadiah yang menanti mengikut apa yang ditandingkan dinegara kita ini.

1. Pertandingan bercorak hiburan nyanyian realiti TV 'One in a million' mendapat RM1 juta untuk pemenang.

2.Pertandingan Maharaja Lawak menerima hadiah RM500 ribu untuk johannya dan bagi pertandingan Raja Lawak pula menghadiahkan RM100 ribu kepada pemenangnya.

3. Pertandingan nyanyian untuk warga emas dalam 'Kilauan Emas' mendapat hadiah RM50 ribu untuk pemenangnya.

4. Bintang RTM dan Bakat TV telah menghadiahkan RM20 ribu kepada Johannya.

5. Akhir sekali sekali dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan johannya mendapat hadiah RM15 ribu.

Renung-renungkanlah.

1 ulasan:

maw berkata...

Inilah dia habuan bekerjasama dengan syaitan yang dikenali.hal ehwal agama cuma menjadi pencuci mata mengkabur jiwa,hanya berbatuk dibawah tangga.inilah islam dinegaraku malaysia.