"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mesir ; Kudeta Bakal Tumbang Tidak Lama Lagi

Sofi Wahab
Melihat kepada penentangan rakyat yang semakin membuak-buak dan memuncak tidak mustahil pentadbiran Kudeta zalim di Mesir akan tumbang dengan sendirinya tidak lama lagi bayangkan puluhan juta rakyat berhimpun menyatakan bantahan semalam selepas solat Jumaat.

Mereka berikrar untuk kekal di sana sehingga kerajaan zalim runtuh. Mereka sanggup berhari raya di kawasan perhimpunan mereka khususnya di Dataran Raba'ah

Semalam Pentas Raba'ah mengumumkan bahawa jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu 3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah, Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta), Giza (350 ribu), Ramsis (500 ribu), Istana Ittihadiyyah (150 ribu), Qina (100 ribu), Aswan (30 ribu), puluhan ribu di Fayoum, ratusan ribu di Asyut serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia.


Media juga melaporkan bantahan terhadap kudeta ini telah merebak ke seluruh dunia di mana mereka-mereka yang cintakan kedamaian dan demokrasi mula menyatakan sokongan terbuka kepada Morsi dan menentang tindakan rampasan kuasa yang meragut mandat rakyat kepada Morsi. Di Palestin rakyatnya berhimpun membantah rampasan kuasa ini. Begitu juga di beberapa negara umat Islam lain.

Tidak syak kudeta bakal jatuh tersungkur dengan sendirinya. Sementara itu laporan menunjukkan bahawa sebagian besar rakyat Mesir menentang rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Morsi

Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi.

Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.

Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.


Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu. 

Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa.

Melalui hasil kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar.

Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus.

Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam".

Selain itu 86 peratus responden yang terdiri dari pelbagai agama dan latar belakang politik juga percaya bahwa Morsi masih presiden sah negara tersebut.

"69 peratus menyokong Morsi kerana tidak mahu regim Mubarak kembali berkuasa, manakala 57 peratus menyokong Morsi karena menentang kekuasaan tentera.

Tiada ulasan: