Kami amat tertarik dengan tarikh 18 Oktober 2014 yang akan datang ini nanti, di mana ada dua program besar bakal berlaku di negeri Melaka secara serentak. PESTA OKTOBERFEST dan MAJLIS SELAWAT. Saya berasa amat pelik bagaimana Ketua Menteri yang baru Dato Idris Haron mengendalikan negeri Melaka sekarang.
Ya, kami boleh menerima pelbagai agama dan bangsa di negara ini di samping pelbagai budaya dari kalangan kita. Persoalannya adakah festival Oktoberfest ini merupakan budaya kaum Cina,India,Melayu ataupun Portugis di negeri ini? Adakah pesta seperti ini sudah menjadi budaya besar yang perlu di sambut oleh generasi baru kita pada masa yang akan datang?
DPPNM cukup kesal dengan jawapan Ketua Menteri Melaka yang hanya memberikan alasan pesta Oktoberfest ini untuk menarik pelancong ke negeri Melaka. Adakah produk pelancongan Melaka yang terbaru adalah pesta minum arak beramai-ramai, walaupun alasanya kerana rakyat majmuk. DPPNM tidak merasakan pesta minum arak ini merupakan satu budaya rakyat negeri Melaka amnya.
Kami harap Ketua Menteri Melaka memikirkan produk budaya yang lebih tulen yang datang dari pelbagai kaum di negeri Melaka untuk di promosikan dan menolak pesta atau festival Oktoberfest yang jelas bukan budaya kami.
Jauhar bin Muhammad Dawi
Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan