"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Raja Petra Dedah Langkah Rafizi Menyekat Azmin Ali dilantik jadi MB

Tranungkite

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan email Rafizi Ramli kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan langkah2 jika Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Email yang dihantar pada 19 September, 3 hari sebelum Azmin disahkan menjadi MB Selangor turut disalinkan kepada Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut RPK, sebelum Sultan Selangor membuat keputusan, Rafizi sudah dapat menduga Azmin Ali bakal dilantik MB baharu, justeru beliau mencadangkan agar Azmin disyaratkan menandatangani satu surat peletakan jawatan tanpa tarikh.

Kata RPK, ramai yang terkejut apabila mastermind Kajang Move, Rafizi Ramli dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu PKR.

Malah pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Pilihanraya PKR bersama Nurul Izzah juga merupakan kejutan kedua.

“Selebihnya anda boleh membaca dalam e-mel di bawah. Namun, pada dasarnya, ini adalah pekerjaan sebenar Rafizi sebagai Setiausaha Agung, untuk mengawal Azmin dan memastikan beliau berada di landasan yang betul,” kata RPK dalam artikel terbaharu bertajuk “Rafizi’s real job as Sec-Gen.

1 ulasan:

Ahmad Basri berkata...

Raja Petra ni berkepentingan utk mengadu dumba pemimpin2 PRdn PKR,khususnya diselangor.....kn abang dia yg bukan rakyat malsysia dah jadi "tim. MB" kpd Khalid?
Keparat direja (tk layak digelar kerabat diraja) memang pakar dlm segala teori,buruksangka,dn cerita penglipur lara tapi kecut utk berdepan dgn kenystaan.
Biar jelh dia diEnglan tu.