"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja perempuan 14 tahun membelasah lelaki 35 tahun yang cuba mencabulnya

Lokasi lelaki yang menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly.
Lokasi lelaki yang menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly.
SUSSEX - BRITAIN. Seorang lelaki dikatakan silap langkah memilih sasaran apabila cedera dibelasah dan dimalukan mangsanya sendiri apabila dia bertindak menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly.

Dalam kejadian yang berlaku kelmarin, penyerang berusia 35 tahun itu dikatakan muncul dari belakang mangsa dan menarik lengannya ketika remaja tersebut melalui taman itu seorang diri untuk pulang ke rumahnya.

Menurut laporan Metro.uk, kesilapan tersebut disedari si penyerang sebaik gadis itu dengan mudah melepaskan diri dari genggamannya dan menyerang balas dengan sepakan dan tumbukan bertubi-tubi ke tubuh lelaki tersebut.

Mangsa, 14, dikatakan pengamal seni pertahanan diri sejak kecil.

Pegawai Penyiasat Inspektor Andy Bennet berkata, pihak polis kini menahan lelaki tersebut.

Pihak berkuasa juga meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil untuk diambil keterangan.

“Walaupun kami telah melakukan tangkapan tersebut, kami masih perlu bercakap dan mengambil keterangan saksi atau sesiapa sahaja yang berada di Taman Tilgate.

“Kami perlu mencari mana-mana saksi yang mungkin melihat apa-apa yang mencurigakan di taman atau sekitar taman pada Sabtu lalu,” jelasnya.
-sinarharian-

Tiada ulasan: