"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Misteri 90 saat sebelum transponder dimatikan

Petaling Jaya: Apa berlaku dalam tempoh 90 saat sebelum transponder MH370 dimatikan? Itulah persoalan yang timbul kerana transkrip komunikasi antara kokpit dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) selepas tengah malam 8 Mac lalu, tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

Tempoh komunikasi terakhir dari kokpit pada jam 1:19:29 hingga jam 1.21 pagi apabila transponder MH370 dilaporkan tidak lagi mengeluarkan isyarat, juga terus menjadi misteri.

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, yang menganalisis transkrip komunikasi itu berpendapat tempoh 90 saat sehingga transponder dimatikan dan pesawat dikatakan berpatah balik adalah kritikal dan misteri.

Beliau yang berkhidmat 30 tahun dengan MAS dan pernah mengendalikan pesawat B777 selama 10 tahun berpendapat, maklumat bila masa sebenar MH370 berpatah balik boleh membantu memberi pencerahan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

“Maklumat pusingan balik MH370 sama ada ke kanan atau ke kiri atau ketinggian ketika berpatah balik akan memberi pencerahan mengenai corak kawalan ke atas pesawat. Ia sekali gus akan memberi petunjuk kepada kemungkinan apa yang berlaku kepada pesawat,” katanya.

BERITA HARIAN

1 ulasan:

Unknown berkata...

salam perkenalan...

dh rasa cam misteri betul la... Smoga ada petunjuk yg betul. Hanya Allah yg tahu

http://sihatgojes.blogspot.com/