bukitkeplu
Kunjungan Obama ke Malaysia dah jadi sejarah. Dari berjuta Umat Islam kurang 1000 orang turun membantah secara terbuka tapi saya yakin berjuta muslim Malaysia curiga. Banyak persoalan timbul Mengapa Obama datang? Mengapa aturcara kedatangan beliau tak seperti pemimpin Negara lain datang?
Jika diteliti, kesemuanya merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini. Saya percaya Comango tak mampu mengubah lanskap politik negara.
Namun Ingat dibantu perjanjian berat sebelah spt TPPA kita khuatir sosial politik Malaysia boleh goyah sepertimana anai-anai mampu meruntuhkan bangunan yang tinggi. Kita sebagai rakyat marhein tak tahu apa yang ditandatangani. Apa warning sinis Obama kepada pemimpin kita Namun yang pasti Obama mewakili USA dengan angkuh menunjukkan kekuasaan beliau.
Mungkin juga benar pendapat sebahgian pemikir Islam mengatakan inilah Negara dibawah kekuasaan keturunan Ibn Soyad (Mossad). Kalau Benar... Percayalah kita semua berada dizaman fitnah dajjal. Mudahan kita terselamat.
Sejarah Menunjukkan Negara umat Islam yang dikunjungi presiden US pasti bergelolak selepas pemergian beliau. Seolah ketua samseng datang kerumah mangsa. Pemergian mereka pasti memberi kesan. Samada segera atau beberapa ketika. Yang pasti TPPA sangat dikehendaki USA,orde baru terus jadi Agenda.
Tun Mahathir sedikit sebanyak dedahkan gelagat samseng dunia ini terutama selepas beliau tidak lagi di kerusi PM. Meskipun fikrah saya berbeza dengan TDM tapi saya yakin dalam soal Mossad fikir saya selari. Cuba Baca Peristiwa hijack Guthrie di Bursa London & Urusniaga yang belum berakhir dan kesanya.
Saudaraku,Kita semua pasti pernah membaca bagaimana Raja Hercules memanggil cerdik pandai dan menterinya ketika zaman Saidina Umar Al khattab menjadi khlaifah dan memerdekakan Kota Baitul Maqdis. Diringkaskan penasihat Hercules merumuskan orang Badwi yang ketika itu makan pun tak sempurna kuat kerana berpegang pada ajaran Islam dan bila berpegang pada Islam yang membantu mereka Adalah Tuhan mereka. Tapi seorang sarjana rumawi melontarkan pendapat bila mereka(Orang islam ) dah tak berpegang pada islam kita pasti boleh memotong mereka seperti memotong lobak putih dan lobak merah tanpa mendapat bantuan dari tuhan mereka.
2014 menyaksikan Dunia Arab Lunyai dicatur Zionist. Pakistan terus bergelora. TPPA hampir dapat dikuatkuasakan. Semua tahu barat cuba bantu kemenangan besar PDPI di Indonesia. Saya yakin MH370 permulaan chapter dan chapter seterusnya akan dibuka dan Zionist tak akan senang bila umat Islam semakin kembali kepada Islam. Saudaraku,Kita sebenarnya telah diberi Ingatan oleh kekasih kita Nabi SAW dimana dalam riwayat Imam Muslim, dari Abu Darda’ RA, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal. ” Yakni dari huru-haranya.
Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bagian akhir surat al-Kahfi. ” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi. ” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93)
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, karena pada awal-awal surat al-Kahfi itu tedapat/ berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.
Kesimpulannya Islam mengajar kita 10 terawal dan 10 terakhir Surat Alkahfi bukanlah diturunkan sebagai tangkal atau jampi untuk melawan dajjal. Namun ianya adalah tips mengenal dan cara menjauhi dari terjebak sebagai penyokong dan pengikut dajjal. Dan sekiranya benar Mossad/US itu kuncu atau kiasan ibarat dajjal Orang yang selalu bertabbur dengan ayat ini pasti tahu apa yang perlu dibuat dan terselamat dari fitnah Dajjal.
Perlu diingat golongan yang terselamat dari fitnah dajjal adalah amat sedikit. Dan Dajjal pasti akan mengunakan sistem ekonomi (riba) sebagai senjata utama untuk merosakkan iman kita. Nasihatku dalam mengenal fitnah dajjal janganlah rujuk kepada ulamak yang sudah makan rezki & dah menjadi darah daging dari sumber sistem ekonomi riba. Sebaliknya sedaya upaya cuba memahami Al Quran dan Hadist dan berguru kepada ulamak yang alim lagi warak yang bebas rezkinya dari sumber riba disamping sifat zuhudnya terserlah dalam kehidupan..
Perbanyakan berpuasa sunat dan bangun solah ditengah malam. Mudahan dibukakan cahaya kebenaran dalam hidup kita. Kini Rajab dah tiba ayuh jangan tanguhkan amal. Bermula hari ini Jom bersama kita kembali membetulkan iman, harap dan yakin kita melalui mumarasah dalam beribadat dan menuntut ilmu disamping cuba sedapat mungkin menghayati/mengikuti kerjabuat golongan 3 kurun yang dijamin Rasulullah SAW. (Sahabat, tabiin dan Tabiut tabiin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan