"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa ada maklumat berkenaan lelaki dalam video ini yang menimbulkan kekecohan di himpunan Bantah GST



Pergaduhan berlaku antara sekumpulan anak muda dan petugas media selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir petang tadi di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mei, 2014.
Pergaduhan berlaku antara sekumpulan anak muda dan petugas media selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir petang tadi di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mei, 2014.
Sejurus selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir, berlaku pertempuran‎ yang melibatkan antara kumpulan anak muda dan petugas media.

Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 50 orang itu dilihat berpakaian hitam dengan membawa sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.

Bagaimanapun pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.

Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan anarki itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media‎".

Pergaduhan berlaku kira-kira selama 3 minit sebelum keadaan menjadi terkawal semula‎.

Bagaimanapun polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.

"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.

Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda.

"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari‎, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu.

"Daripada SAMM, kita mengawal dan bertanggunjawab sepenuhnya," katanya.
-themalaysianinsider-

Tiada ulasan: