
TARZAN berbual dengan tetamu yang melawatnya di Hospital Sanglah, Bali, baru-baru ini.- AGENSI
BALI 26 April: Renjer hutan, Tarzan yang diserang seekor biawak komodo di Pos Jagawana Loh Baru, selatan Pulau Rinca, dekat sini pada Ahad lalu tidak mati seperti laporan awal, sebaliknya hanya mengalami cedera parah.
Nasib malang yang menimpa Tarzan itu berlaku ketika dia memberi makan rusa liar di Taman Nasional Komodo.
Sementara itu, Tribun Bali yang menemui Tarzan di Hospital Sanglah, Bali Selasa lalu, melaporkan hasrat renjer hutan itu untuk meminta maaf kepada komodo berkenaan.
Menurut Tarzan sejak kejadian itu kakinya sering berasa sakit dan sukar untuk tidur.
Mengimbas kejadian itu Tarzan berkata, telah menjadi rutin bagi renjer yang bertugas di pos kawalan memberi rusa liar makan.
"Seperti biasa, sebelum turun dari pos kawalan, kami akan melihat di dalam kolong, takut-takut ada komodo. Melihat tiada komodo, saya turun dan memberi rusa makan.
Tarzan kemudiannya dibawa ke Klinik Labuan Bajo untuk mendapatkan rawatan, sebelum dihantar ke Hospital Sanglah, Bali.
Mengulas lanjut, Tarzan berkata, mungkin komodo tersebut sebenarnya ingin menerkam rusa.
"Oleh kerana saya seperti menghalang komodo itu daripada menerkam rusa, maka saya yang kemudian menjadi sasaran.
"Saya mungkin tidak akan bertugas di Pulau Rinca lagi. Tetapi saya akan datang ke sana dan mengucapkan permohonan maaf dari jauh di atas parahu," kata Tarzan. -AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan