"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berlaku ‘blackout’ juga ke semasa proses kiraan undi pemilihan parti PKR? Kik ..kik kik

Protest PKRPETALING JAYA: Beberapa ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan beberapa penipuan yang berlaku dalam pemilihan parti kali ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.
Kumpulan kira-kira 20 ahli PKR itu yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin (gambar) yang lebih dikenali sebagai CheguBard, menyerahkan memorandum mereka di hadapan Ibu Pejabat PKR di sini sekitar jam 3.30 petang tadi.

Menurut CheguBard, Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul sendiri turun padang untuk menyiasat dakwaan penyelewengan yang berlaku di cabang Batang Sadong, Sarawak yang dikatakan melibatkan penyandang Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

“Saya percaya dan yakin dia temui sesuatu yang kita perkatakan,” katanya kepada wartawan.

Badrul bagaimanapun enggan menamakan Azmin sebagai dalang yang bertanggungjawab kepada isu yang timbul, sebaliknya hanya memberitahu wartawan untuk merujuk kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.

Menurut bekas ketua cabang PKR Rembau itu, walaupun pada asalnya mereka bercadang mahu menjalankan protes di hadapan ibu pejabat PKR, namun mereka membatalkannya kerana merasakan JPP telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani isu ini.

Beliau yakin pada peringkat ini JPP sedang menangani dengan serius.

“Oleh itu kita bekerja dalam kerangka parti dan hormat permintaan dari peringkat JPP dan parti.,” jelasnya.

“Cuma kita desak tindakan tidak diambil kepada pengawas (pemilihan) sahaja. Sudah tentu ada yang perolehi keuntungan daripada kejadian tersebut dan tindakan harus diambil kepada mereka yang mengarahlkan perkara tersebut berlaku.

“Dan hari ini saya ucap terima kasih kepada Tan kerana sudi untuk menerima kenyataan kita sebagai penegasan bahawa kami golongan ahli-ahli biasa di peringkat bawah akan pertahankan JPP supaya bertindak tegas kepada siapa juga individu itu dan ia harus diambil tindakan tanpa ragu-ragu,” katanya lagi sambil menafikan menerima amaran untuk membatalkan protes yang dirancang.

Baru-baru ini, Badrul mendesak supaya penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi undi di cabang Batang Sadong.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi dilakukan di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka oleh pengawas pemilihan dan pada masa sama berlakunya ‘blackout’ di Batang Sadong ketika proses kiraan undi yang menimbulkan lagi kemusykilan.

Tiada ulasan: