"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bolehkah Amerika dipersalahkan kerana melabel Najib ‘lidah bercabang’? -

Ng Kee Seng
Pada 2012, Washington Post mendatangkan rasa kurang senang sebilangan pemimpin kerajaan Malaysia apabila melabel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin ‘lidah bercabang’.

Penulisnya Maclean Patrick berkata: “Perdana Menteri diam seribu bahasa! Ketika dunia tersentak dengan skandal FBC Media, dimana pentadbirannya menggunakan wang rakyat bagi membeli ruangan agar nama Malaysia disiarkan di kaca TV antarabangsa, Najib langsung tidak kelihatan.

Adakah dia menyorokkan kepala kerana malu? Di masa lalu, dia langsung tidak pernah menunjukkan sikap menyesal.”

Adakah Maclean bakal membuat laporan susulan berikutan sidang akhbar bersama yang diadakan Najib dan Presiden Barack Obama di Putrajaya baru ini?

Sedang ketegangan kaum dan agama semakin terasa, dipalu gendang pihak konservatif Umno dan pengikutnya yang menggunakan isu kalimah Allah serta ugutan 13 Mei, Najib bersyarah tentang moderasi tetapi tidak bertindak ke atas golongan ektremis.

Antara kenyataannya di sidang akhbar itu:

> Malaysia dan AS telah lama menjalin hubungan baik. Kami menjalinkan hubungan diplomatik sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957. Walaupun diselubungi ketegangan ideologi di Asia Tenggara, hubungan yang dijalin berkekalan. Kami juga berusaha mengukuhkan persefahaman di antara kedua negara.

(Bagaimana pula protes Umno dan penyokong mereka berhubung lawatan presiden AS itu? Obama digelar pemimpin kafir, dsb)

> Sebulan lalu, Malaysia membantu perjanjian komprehensif di Selatan Filipina, dan menamatkan konflik yang telah mengorbankan 150,000 penduduk di wilayah itu. Pengaruh AL Qaeda dan sekutunya mungkin dapat dibendung. Kami menolak ekstremisme, dengan penubuhan Pergerakan Moderat Sedunia.

(Menolak fahaman ekstremis? Ia mekar bersama-sama Perkasa, Isma, Pekida, dsb)

> Malaysia kekal sebagai jambatan bagi pelbagai penduduk dan budaya; negara pedagang, dikelilingi perairan penting. Kami negara Islam yang moden dan progresif; berbilang bangsa dan agama. Kami telah lama sedar faedah kerjasama antara sempadan. Kami tahu kami perlu bersama-sama berkongsi kekayaan.

(Oh! Tolonglah hentikan Perkasa, Isma, Pekida sebelum anda cuba mengaku bahawa pentadbiran anda komited dengan perpaduan. Bertindaklah terhadap golongan bigot ini; tunjukkan iltizam bagi menghentikan golongan anti-perpaduan)

Najib, sebelum PRU13 dahulu, mencadangkan pelbagai usaha bagi reformasi. Kini tiada yang berubah, sebaliknya Malaysia semakin melangkah ke belakang.

Najib tiada iltizam bagi membawa negara ke arah kemajuan sosio-ekonomi.

Beliau gagal melindungi slogan 1Malaysia daripada ungkapan timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata “Saya Melayu dahulu...” serta kata-kata berbaur hasutan dari kalangan puak konservatif Umno.

Bagi kemelut isu kalimah Allah, ketika diserang pihak konservatif ini, Najib tidak mempertahankan solusi 10-perkara yang dijanjikan kerajaan persekutuan.

Najib berjanji mahu membatalkan Akta Hasutan namun Laporan Dunia bagi Pemantauan Hak Asasi Manusia 2014 menunjukan kerajaan berterusan menggunakan akta itu bagi menghukum musuh politik kerajaan di Malaysia.

Perlukah kita menantikan pihak Amerika menggelar pemimpin kita “No Action Talk Only” (Tiada tindakan, cakap saja) yang hanya mampu melakukan urusan “seperti biasa”?


Tiada ulasan: