KOTA BHARU: Dua gadis belasan tahun merayu penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) tidak mengeluarkan notis saman aurat terhadap mereka yang baru sahaja bekerja di sebuah kedai makan di Peringat di sini.
Alasan mereka ialah tidak mengetahui memakai baju berlengan pendek dan ketat tidak dibenarkan ketika bekerja.
Namun, rayuan dua gadis terbabit tidak diendahkan, sebaliknya penguat kuasa MDK-PI tetap mengeluarkan notis saman kepada mereka tanpa kompromi.
Pegawai Undang-undang MDK-PI, Nazattul Aisya Hashim berkata, mereka diberikan notis saman terhadap individu dan dikompaun di bawah Undang-undang Kecil Seksyen 30.
“Mereka antara yang dikompaun dalam Ops Shisha dan Aurat yang dijalankan di kawasan Peringat dan Salor, di sini, semalam.
“Turut dikenakan tindakan, empat restoran iaitu sebuah di Peringat dan tiga di Salor, dengan rampasan alatan shisha bernilai RM 3,500, empat notis amaran dan tiga kompaun,” katanya kepada media.
Nazattul Aisya berkata, peniaga yang masih berdegil dan tidak ikut arahan ditetapkan, pihaknya tidak teragak-agak menarik semula lesen perniagaan, dan menutup terus operasi perniagaan mereka.
-sinarharian-
-sinarharian-
2 ulasan:
Macam ni barulah betul.walau kecil tapi dapat dilaksanakan.Syabas Kelantan. Bukannya siperpadu$wang yang diterengganu tu macam peribahasa melayu yang berbunyi anjing yang menyalak bukit takkan runtuh. Walaupun dia bebal aku hormat dia kerana ilmu dan taraf dia disegi ugama dan aku tak boleh guna ayat tak berlapik menyebut makhluk an...g kerana aku malu ,takut dan rasa menyanjung Allah.Tak ulamak sekadar ustaz ceroi pun aku rindu mereka kerana hubungan mereka ngan Allah.Kita nak hudud dan buat masa ini kita KIV ( letak dalam perhatian menunggu ketikanya sahaja).
Terima kasih kerajaan Kelantan kerana tindakan sedemikian sebenarnya buat aku terasa bertambah selamat iman aku dari terhakis dari melihat aurat bukan muhrim.
Catat Ulasan