"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa Isteri VIP yang beri pil herba pada Chong Wei punca beliau digantung

Isteri kepada seorang “lelaki amat berpengaruh” dilapor memberikan ubatan herba kepada pemain badminton negara  Lee Chong Wei yang menjadi punca beliau digantung lapan bulan.

Berdasarkan laporan 12 halaman Persekutuan Badminton Dunia (BMF), bahan dinamakan cordyseps itu diperoleh daripada sebuah kedai di Kuala Lumpur.

Ia dilapor turut mengandungi bahan dinamakan dexamethasone yang menjadi punca utama penggantungan Lee.

Pekedai syarikat itu juga mengetahui bahawa bahan dibekalkan mungkin tercemar tetapi tidak memberi kenyataan kepada BMF kerana bimbang perniagaannya terjejas.

Lee menamakan wanita itu dalam keterangan tertutup, lapor Reuters.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kelmarin produk makanan semulajadi dan suplemen herba itu diamal pengambilannya sejak 13 tahun kerana keluarganya percaya ia bermanfaat untuk kesihatan.

Khairy berkata Chong Wei telah mengikuti arahan pakar pemakanannya di Institut Sukan Negara (ISN) berhubung suplemen yang boleh dan tidak boleh diambil.

Beliau berkata pakar pemakanan menasihatkan Chong Wei bahawa kapsul Cordyceps adalah selamat dan sebab itu ia perlu diuji selagi produk tersebut "Cordyceps asli".

Chong Wei digantung lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Bagaimanapun, hukuman penggantungan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas itu akan berakhir 30 April ini
-malaysiakini-

Tiada ulasan: