"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video kanak-kanak 2 tahun kepalanya tersangkut di antara besi ampaian di luar rumah tingkat dua pangsapuri


SINGAPURA: Ibu kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun mengucapkan terima kasih kepada dua lelaki yang menyelamatkan anak perempuannya daripada terjatuh dari tingkat dua pangsapuri pada Jumaat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyelamatkan nyawa anak saya," kata Naureen Saniri,27 sambil menitiskan air mata kepada The Strait Times dalam satu temuramah.

Anak perempuannya yang ditinggalkan bersendirian ketika kejadian bertindak memanjat keluar dan menyebabkan kepalanya tersangkut di antara besi ampaian di luar rumah.

Dua warga India, Subramaniam Shanmuganathan dan Ponnan Muthukumar sedang bekerja di jalan raya berhampiran Blok 371, Jalan 32 Timur Jurong sewaktu mereka melihat kanak-kanak perempuan tersebut tergantung dalam keadaan berbahaya.

Shanmuganathan dengan segera memanjat paip untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, dan Muthukumar turut membantunya.

Satu rakaman video yang menunjukkan aksi menyelamat kanak-kanak tersebut menjadi 'viral' di laman sosial.

Semasa kejadian, Naureen yang merupakan seorang suri rumah keluar menghantar seorang lagi anaknya ke tadika.

Anak perempuannya yang ditinggalkan bersendirian sedang tidur ketika dia keluar rumah.

Dua pekerja asing berkenaan menerima Anugerah Semangat Awam daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Jumaat di atas tindakan berani mereka. – The Straits Times/Asia News Network
-mstar-

Tiada ulasan: