"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibrahim Ali kata Anwar Ibrahim suka mendalami agama

Adam Abu Bakar 
Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim di penjara bersama-sama di Kem Kamunting selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diakui gemar menghabiskan masa membaca buku dan mendalami ilmu agama.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang pernah ditahan bersama Anwar di Kem Kamunting selama dua tahun.

Anwar dan Ibrahim ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1974-1976.
Beliau bagaimanapun berkata, aktiviti membaca dan mendalami ilmu agama bagi banduan Islam bukan perkara luar biasa.

Ini kerana, katanya, kehidupan di penjara amat terhad dan apa yang dilakukan oleh Anwar setiap hari adalah rutin biasa bagi seorang banduan.

“Pada waktu inilah kita gunakan peruntukan masa yang ada untuk membaca dan bersenam demi kesihatan.

“Di dalam penjara apa lagi yang hendak dilakukan selain menggunakan masa untuk beribadat pada Allah. Yang penting niat mesti ikhlas hanya untuk Allah,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ibrahim berkata, beliau bimbang kebaikan yang dilakukan Anwar di penjara akan mengurangkan keberkatan dan pahala jika perilaku itu dihebohkan untuk tujuan politik walaupun dijaja oleh pihak lain.

“Lazimnya manusia yang ditimpa musibah atau malapetaka apabila di hukum penjara akan selalu memanjatkan doa kepada Allah dan pada waktu itulah baru ingat kebesaran Allah,” katanya.

Ibrahim diminta mengulas kehidupan Anwar yang banyak menghabiskan masa di penjara dengan membaca buku, mendalami ilmu agama, menyampaikan tazkirah dan mengimamkan solat, seperti yang diceritakan bekas banduan, Sulaiman Ajik.
-fmt-

Tiada ulasan: