"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sebab pemimpin anti-GST ditahan kerana bangkitkan 'perkahwinan anak PM'

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mendakwa bahawa antara alasan yang diberikan oleh polis untuk mereman beberapa pemimpin berkaitan protes anti-GST semalam ialah kerana soal majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ditimbulkan di perhimpunan tersebut.

N Surendran merupakan sebahagian daripada pasukan peguam yang mewakili empat orang pemimpin semasa pendengaran permohonan reman mereka pagi ini.

"Sesetengah isu yang dibangkitkan oleh pihak polis sebagai alasan permohonan reman... adalah bahawa terdapat tuntutan di perhimpunan tersebut untuk membatalkan GST.

"Satu lagi sebab ialah tentang rasuah dibangkitkan, dan satu lagi ialah penganjur perhimpunan itu membangkitkan tentang perbelanjaan mewah di negara ini.

"Satu lagi sebab ialah semasa perhimpunan itu, penceramah membangkitkan tentang perkahwinan anak perempuan Najib (Nooryana Najwa).

"Ini adalah antara sebab-sebab individu terbabit disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata Surendran kepada pemberita di luar pusat pusat tahanan polis Jinjang petang ini.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan menjadikan suatu kesalahan untuk terlibat dalam perhimpunan haram.

Keempat-empata mereka ialah bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hatta Ramli, dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan.

Kesemua mereka dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ambiga, Loke dan Arutchelvan ditahan lewat malam tadi dan ditahan semalaman, manakala Hatta menyerah diri pagi ini.

MP Puchong Gobind Singh Deo yang juga sebahagian daripada pasukan peguam itu berkata majistret menolak permohonan polis untuk tahanan reman selama empat hari atas alasan bahawa keempat mereka bersedia untuk bekerjasama dan telah hadir apabila dipanggil pihak polis.

Bagaimanapun, katanya, keempat mereka perlu melapor diri di ibupejabat polis daerah Dang Wangi pada pukul 4 petang untuk kenyataan mereka direkodkan.

Sementara itu, Loke dan Arutchelvan berkata polis tidak mengambil kenyataan mereka atau berbuat apa-apa, walaupun kedua-dua mereka ditahan semalaman di di pusat tahanan polis Jinjang.

"Semalam, apabila polis memanggil secara tergesa-gesa, saya kata (kepada mereka) bolehkah saya datang pagi ini. Mereka berkata, 'Tak boleh, kamu datang sekarang. Jika tidak kami datang dan tangkap kamu."
-malaysiakini-

Tiada ulasan: