"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru tuisyen didakwa lakukan kelucahan melampau terhadap 3 kanak-kanak

Seorang guru tuisyen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Balik Pulau, Pulau Pinang, hari ini atas tiga pertuduhan merangsang tiga kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun melakukan kelucahan melampau dengannya.

Mohd Amin Nur Izwan Jamaluddin, 21, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di rumah sewanya di Lengkok Mahsuri, Bayan Baru dari Februari hingga Mei lepas.

Tertuduh, yang juga pembantu pengurusan murid di sebuah sekolah kebangsaan di Bayan Baru didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan tidak menawarkan ikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan dia mungkin akan mengganggu semua mangsanya jika dibenarkan jaminan.

"OKT (Orang Kena Tuduh) merupakan seorang guru tuisyen kepada kesemua mangsa dan ini juga menyebabkan OKT mempunyai kedudukan 'AUTHORITY'terhadap mangsa-mangsa. OKT juga adalah seorang penjawat awam di mana kesalahan yang dilakukan itu boleh menunjukkan karektor yang buruk terhadap murid-murid di sekolah," hujah beliau.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Joseph Cheong kemudiannya memohon agar jaminan dibenarkan terhadap Amin agar dia boleh balik ke Permatang Pauh kerana dia masih perlu menjalani kehidupan menyara ibu bapa yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Sitarun Nisa membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula KES.
-Bernama-

Tiada ulasan: