"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IS musnahkan makam Nabi Yunus untuk dijadikan taman hiburan (Gambar)

BAGHDAD: Seorang menteri Iraq pada Sabtu mengecam tindakan militan Negara Islam (IS) yang bercadang mengubah tapak makam Nabi Yunus di Mosul, yang telah dimusnahkan pada tahun lalu, menjadi sebuah taman awam.

Tindakan IS itu disifatkan sebagai sebuah jenayah serius terhadap warisan negara Iraq, lapor portal berita Al Arabiya.
Timbalan Menteri Warisan Purba dan Pelancongan Iraq, Qais Hussain, memberitahu media tempatan al-Sumaria bahawa ‘terdapat laporan mengenai rancangan IS untuk menukar tapak makam tersebut menjadi sebuah taman hiburan, dan itu jenayah besar terhadap tinggalan warisan Iraq'.

Qais juga berkata bahawa pihak kementeriannya mempunyai perancangan selepas membebaskan kota-kota yang dicengkam IS, iaitu dengan menggerakkan jawatankuasa bagi memulihkan kerosakan di tapak-tapak warisan.

Tapak makam tersebut terletak di kota Mosul yang berada di utara negara itu. Ia telah ditawan IS pada bulan Jun tahun lalu tetapi tentera Iraq masih gagal merampas semula penguasaannya.

Minggu lalu, seorang pegawai tentera memberitahu bahawa operasi untuk membebaskan Mosul daripada tawanan IS sudah dimulakan, namun perkembangannya masih belum dilaporkan.

Komen daripada Qais itu adalah lanjutan daripada sumber di Mosul pada Jumaat lalu yang mengatakan gbahawa IS sudahpun meratakan kawasan makam dan menjalankan kerja-kerja projek pembinaan.
 -Astro-

Tiada ulasan: