"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon lelaki ini mengisytihar telah menukar agama dari islam ke ugama kristian

Masih ingat si Ikal dalam filem adaptasi novel Laskar Pelangi?
Watak Ikal ketika dewasa dalam filem itu dibawa aktor Lukman Sardi, anak kepada legenda biola Indonesia, Idris Sardi.

Selepas tiada berita besar mengenainya beberapa ketika, kini Lukman bikin gempar apabila dia mengumumkan menukar agama daripada Islam kepada Kristian.

Berita itu diketahui umum selepas satu video mengenai pengakuan Lukman dimuat naik di YouTube beberapa hari lalu.

Melalui video berdurasi 15 minit 11 saat itu, Lukman mengakui bertukar agama.

Berita itu mengejutkan kerana sebelum ini Lukman, 43, sering digambarkan seorang Muslim yang warak melalui pelbagai filem dilakoninya.

Selain Laskar Pelangi, filem Sang Pencerah lebih ketara menonjolkan watak Lukman sebagai seorang Muslim yang baik.

Antara filem lain yang pernah dibintangi Lukman ialah Merah Putih dan Soekarno.

Menurut Lukman dia sebenarnya mula mempercayai Kristian kira-kira enam tahun lalu.

"Saya memutuskan untuk jadi orang percaya...bukan semudah saya pindah dari Muslim ke Kristian.. tapi lebih dari itu," pengakuan Lukman ini dimuat naik ke Youtube oleh pemilik aku bernama Ikka LyFrans Mei lalu.

Lukman menjelaskan, pertukaran agama itu bukan disebabkan tekanan daripada siapa dan bukan juga kerana kecantikan isterinya, Pricillia Pullunggono.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: