"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mampukah Khalid Samad mempertahankan Shah Alam di PRU14?

Lokman Mustafa
Dalam PRU13 pada tahun 2013, Khalid Samad, salah seorang pemimpin progresif daripada PAS, berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam yang dimenanginya lima tahun sebelum itu dengan mengalahkan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti melebihi 10,000 undi.
Sesetengah penganalisa percaya ianya langsung tidak mengejutkan memandangkan Zulkifli, seorang peguam yang juga ahli politik yang berasal dari Kedah, telah mencetuskan kontroversi apabila sebuah rakaman video beliau menghina kepercayaan Hindu telah tersebar meluas sebelum pilihan raya bermula.
Pada hakikatnya, bandar itu yang terdiri daripada berbilang bangsa, meskipun majoriti muslim Melayu, telah menyaksikan konflik ketegangan kaum, politik dan agama selama tujuh tahun kebelakangan ini.

Satu insiden yang melibatkan beberapa kumpulan Melayu berhaluan kanan mengarak kepala lembu di bangunan Setia Usaha Kerajaan negeri pada Ogos 2009 untuk memprotes pemindahan kuil Hindu berusia 150 tahun, yang kemudiannya, mencetuskan kemarahan meluas daripada kumpulan-kumpulan Hindu dan lain-lain.
Dua belas orang kemudian telah didenda RM1,000 seorang kerana berhimpun secara haram oleh Mahkamah Seksyen di sini dengan salah seorang dari mereka dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu.

Secara keseluruhannya, Shah Alam, yang merangkumi 54 seksyen termasuklah Kota Kemuning dan Bukit Rimau di tenggara pusat bandar itu, dan TTDI Jaya, Bukit Jelutong dan juga Kampung Melayu Subang di utara, adalah tempat yang aman untuk didiami.

Bermula dengan Seksyen 1 yang sekarang ini diduduki oleh kampus utama Universiti Teknologi Mara (UiTM), ibu negeri itu pastinya telah melalui perubahan yang besar.

Universiti awam yang sebahagian besarnya Melayu, pula sebaliknya, berharap sesetengah perkara kekal sama.

Pada Ogos 2008, UiTM telah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar apabila 5,000 orang pelajarnya berarak ke Setia Usaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai protes menentang MB Selangor pada ketika itu Abdul Khalid Ibrahim kerana mencadangkan universiti itu membuka pintunya untuk menerima 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputra.

“Jika Khalid Ibrahim tidak menarik balik kenyataan beliau, semua pelajar UiTM akan membuat perhimpunan besar di Shah Alam. Kami berharap isu kuota bukan Bumiputra tidak lagi akan dibincang,” Bernama memetik seorang wakil pelajar sebagai berkata.

Kemudian pada Oktober 2014, satu lagi kontroversi tercetus berikutan sebuah papan iklan mengiklankan festival arak Jerman Oktoberfest yang dilangsungkan sepanjang Jalan Subang, Seksyen U2.

The Star melaporkan bahawa seorang ahli Exco Negeri PAS untuk Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani turut menyelar acara itu kerana menentang norma sosial, termasuklah mereka dari semua agama.

Tetapi konflik agama dan bangsa bukanlah satu-satunya perkara yang telah melihatkan kenaikan dramatik.

Ketika saya dan keluarga saya berpindah ke Shah alam di pertengahan 80-an, rakyat di sini kebanyakannya tinggal di hartanah berlaman yang dibina oleh PKNS atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Hari ini, banyak kondominium dan pangsapuri servis telah dibina, dengan banyak lagi yang masih dalam pembinaan. Harganya pula melangkaui kuasa beli rakyat Malaysia biasa, dengan pangsapuri studio sahaja sudah berharga RM400,000!

“Bukan rumah mampu milik, ia rumah mampu tengok”, saya masih ingat MB Selangor Azmin Ali berkata berkaitan rumah-rumah PR1MA yang juga harga dalam lingkungan sama.

Tetapi bersyukurlah, bukan semua perkara telah hilang kawalan.

Menurut theSundaily, indeks kadar jenayah di Shah Alam telah menurun dalam empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua polis Shah Alam ACP Azisman Alias mendedahkan pada Mei bahawa indeks jenayah telah menunjukkan penurunan sebanyak 22.6 peratus dari Januari hingga April berbanding tahun lalu.

Dari segi politik, Shah Alam sebelum ini dilihat sebagai kubu kuat Umno di Selangor sebelum Khalid Samad menumbangkan Aziz Shamsuddin pada 2008 dengan majoriti sebanyak 9,314 undi.

Sebagai Ahli Parlimen dua penggal, Khalid Samad telah bercakap tentang banyak perkara yang memberi kesan kepada kawasannya termasuklah hospital kerjaan yang telah lama dinantikan di Seksyen 7 dan juga kutipan tol Lebuh raya Persekutuan di Sungai Rasau dan Batu Tiga yang tidak pernah tamat.

Selepas kemenangan membanggakan pada PRU13, perkara tidaklah begitu baik buat bapa empat orang anak berusia 57 tahun ini.

Dengan kumpulan ulama telah menewaskan kelompok progresif pada Muktamar PAS baru-baru ini, diikuti pula dengan DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur akibat daripada pergeseran dengan parti Islam itu, persoalan kini timbul sama ada Khalid berupaya untuk mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya akan datang.
-antdaily-

Tiada ulasan: