"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amaran Buat Wanita Islam Pahang

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberi amaran kepada wanita Islam di negeri tersebut untuk tidak berpakaian seksi ketika bulan Ramadan, atau akan berhadapan dengan tindakan saman malah lebih parah lagi, pesalah akan dipenjara.

Menurut Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin, hasil pemantauan pihaknya di beberapa lokasi bazar Ramadan mendapati segelintir wanita tidak peka dengan bulan puasa dan memakai pakaian mencolok mata.

Dalam laporan sebuah portal, beliau berkata, “Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.

Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi.”

Namun demikian, katanya lanjut, JAIP tidak meletakkan sebarang garis panduan tentang cara berpakaian yang betul.

“JAIP tidak boleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain.

“Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan.”

Tetapi, pesalah yang ditahan pihak berkuasa agama akan diberikan kaunseling terlebih dahulu, dan seandainya dia tidak berubah dan mengulangi kesilapan sama barulah tindakan saman akan diambil.
– MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan: