"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Lagi aksi pelajar perempuan bergaduh hingga masuk longkang

Maruah
Kuala Lumpur: “Engkau jatuhkan maruah aku kerana lelaki.” Itulah ungkapan salah seorang pelajar perempuan dalam sebuah klip VIDEO yang memaparkan aksi pergaduhan seperti ‘wrestling’ yang mula menjadi viral di laman sosial Facebook, hari ini.

VIDEOtersebut yang dimuat naik di laman sosial Facebook VIDEOViral memaparkan aksi dua pelajar perempuan bergaduh di kawasan sekolah yang tidak diketahui lokasinya.

Menerusi VIDEO berdurasi 1 minit 7 saat itu, kejadian dipercayai berlaku apabila salah seorang pelajar perempuan itu naik angin ekoran tindakan seorang lagi pelajar yang didakwa menjatuhkah maruahnya gara-gara lelaki.

Aksi gusti kedua pelajar terbabit turut disaksikan pelajar lain yang cuba untuk menghalang pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun, ianya tidak diendahkan kedua pelajar itu sehingga mereka bergelut dan menyebabkan salah seorang terjatuh ke dalam longkang.
Sehingga kini, VIDEO tersebut mendapat tontonan lebih 4,740 kali.

Tiada ulasan: