"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peletakan jawatan Khairul Anwar mungkin dicontohi pemimpin Johor lain - Zam

Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin berkata keputusan Datuk Khairul Anwar Rahmat jelas mempunyai kaitan dengan tuduhan dibuat terhadap pengerusi SukaGuam itu yang beliau ‘berkonspirasi’ dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghina dan memalukan Datuk Seri Najib Razak. 

Keputusan penganjur forum Nothing2Hide melepaskan semua jawatannya dalam Umno hari ini boleh mengundang tindakan sama dari pemimpin Umno Johor yang lain, kata bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin.

Dalam posting terbaru di blognya, Zainuddin berkata keputusan Datuk Khairul Anwar Rahmat jelas mempunyai kaitan dengan tuduhan dibuat terhadap pengerusi SukaGuam itu yang beliau "berkonspirasi" dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghina dan memalukan Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri tidak menghadiri forum pada 5 Jun itu atas alasan keselamatan walaupun pada asalnya, ia merupakan satu dialog antara beliau dengan badan bukan kerajaan (NGO), menyebabkan Dr Mahathir yang turut hadir, naik ke pentas dan mengambil alih majlis.

Keputusan Khairul meletakkan jawatannya dalam Pemuda Umno Johor hanya akan menambah kepada masalah Najib, kerana ia dibuat sehari selepas presiden itu mengumumkan penangguhan pemilihan partinya selama 18 bulan, kata Zainuddin.

"Beliau (Khairul) adalah seorang yang berpengaruh dan dihormati di kalangan pemuda Umno Johor," kata Zainuddin, juga dikenali sebagai Zam, dalam blognya zamkata.blogspot.com.

Khairul terdahulu hari ini mengatakan beliau meletak jawatan sebagai ketua Pemuda bahagian Kluang, naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua setiausaha biro guaman Umno berkuatkuasa 11 Julai.

Ia dikatakan bagi menumpukan kepada usaha firmanya Khairul Group mengembangkan perniagaan di peringkat serantau.

"Tindakannya meletakkan semua jawatan dalam Umno Johor dengan mengejut pasti mengundang beberapa persoalan dan membawa kemungkinan kepada berlakunya tindakan yang sama di beberapa bahagian lagi di negeri itu," kata Zam.

Katanya, ia tidak akan membantu perancangan Najib, memandangkan beliau memerlukan segala kekuatan yang ada untuk memperkukuhkan perpaduan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ini lebih-lebih lagi selepas penangkapan seorang bekas eksekutif PetroSaudi di Thailand yang dikatakan membuktikan emel melibatkan perjanjian antara syarikat itu dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipalsukan.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: