"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak berumur 2 tahun ini ditemui tanpa pakaian, makanan

Kanak-kanak ditemui tanpa pakaian, makanan
Kanak-kanak ditemui tanpa pakaian, makanan Foto yang dikongsikan oleh Kuan Chee Heng semalam
SHAH ALAM: Seorang budak perempuan berusia dua tahun dijumpai ditinggalkan ibu bapanya tanpa pakaian dan makanan di sebuah rumah di Sungai Buloh, Selangor.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu dalam keadaan tidak terurus, keliru dan lemah akibat malnutrisi, lapor sebuah portal.

Laporan itu dibuat Pengasas Community Policing, Kuan Chee Heng di laman Facebooknya.

Menurut Chee Heng, mereka sedang mencari ibu kepada budak perempuan berkenaan untuk memberi bantuan.

Wanita didakwa meninggalkan anaknya itu bersama adiknya berusia 14 tahun yang turut mempunyai masalah kesihatan mental.

Setakat ini tiada khabar terbaru daripada ibu budak perempuan tersebut.

Chee Heng yang juga seorang bekas anggota polis memberitahu, buat sementara ini budak perempuan itu sedang dijaga moyang saudaranya.

Community Policing ataupun Cops merupakan badan bebas yang ditubuhkan untuk memerangi gejala sosial selain bekerjasama rapat dengan polis bagi mencegah jenayah.
-sinarharian-

Tiada ulasan: