"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Peluang PH kuasai Putrajaya lebih cerah dengan PPBM dan Tun Mahathir

MALAYSIA DATELINE

Dr Dzulkefly Ahmad

Pakatan Harapan mempunyai peluang cerah untuk menggantikan BN di Putrajaya dengan kehadiran Parti Bersatu Bumiputera Malaysia (PPBM) manakala Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memecah kebuntuan menjelaskan isu-isu kritikal negara seperti 1MDB, kleptokrasi dan penyalahgunaan kuasa.

Dalam wawancara dengan akhbar dwimingguan The Edge, Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkifli Ahmad berkata, kehadiran PPBM dalam pakatan pembangkang menjadi 'pemutus litar' (circuit breaker) terhadap isu-isu yang dahulunya dianggap sebagai 'isu pembangkang'.

"Maklumat yang dahulunya tidak dipercayai rakyat kerana datang daripada pembangkang kini mudah dipercayai apabila Mahathir dan PPBM di dalam pasukan kami.

"1MDB sebagai contoh bukan lagi menjadi mesej pembangkang, ia telah menjadi mesej rakyat. Mereka bukanlah memahami sangat mesej itu, tetapi apabila ianya datang daripada seseorang yang telah menerajui negara selama 22 tahun, mesej itu - termasuk kos sara hidup dan isu-isu ekonomi menjadi begitu kuat, mudah dan boleh difahami oleh semua," katanya.
Menurut Dr Dzulkefly, rakyat kini dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi dan khuatir tentang gaji mereka berbanding tekanan inflasi.

Kejatuhan nilai ringgit sehingga 22 peratus dalam tempoh dua tahun, katanya menambah buruk keadaan apatah lagi negara banyak mengimport barangan makanan termasuk barang keperluan asas.

"Berhubung isu kaum dan agama, mengapa jurangnya semakin dalam? Mengapa ia diperbesarkan? Kita mesti menyelesaikannya secara berhadapan dan tidak menyapunya di bawah tikar. Adalah mengecewakan apabila Umno dan Pas menggunakan isu kaum dan agama," ujarnya.

Mengulas tentang kedudukan Amanah dalam Pakatan Harapan, Dr Dzulkefly berkata posisi Amanah di atas premis Islam yang progresif dan inklusif telah menggantikan posisi yang secara tradisinya diambil Pas (dalam pakatan pembangkang).

Ini katanya secara kebetulan menyentuh tentang keprihatinan masyarakat bukan Islam terhadap Pas dalam pakatan pembangkang apatah lagi Pas kini sudah kehilangan sokongan pengundi teras kaum Cina, India dan masyarakat Melayu bandar yang diperolehi pada PRU 2008 dan 2013.

Menurut beliau, sokongan masyarakat Cina, India dan Melayu bandar kini telah beralih kepada Amanah dan berasaskan faktor ini, Amanah yakin boleh memainkan peranan penting dalam Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: