Bekas Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris hari ini menyertai PKR dan berikrar akan bersama pembangkang dalam usaha menumbangkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau bersama-sama dengan 35 pemimpin dan anggota Wira PERKASA mengemukakan borang permohonan mereka kepada Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Afif Bahardin di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, pagi ini.
Mereka termasuk bekas Naib Ketua Wira PERKASA, Syamzari Putera Mohd Noh; bekas anggota exco Wira PERKASA, Muhammad Hafiz Zulkifly dan Zulkarnain Haron serta penolong setiausaha Wira PERKASA, Muhammad Zaihuruddin Zulkamar.
Walau bagaimanapun, Irwan Fahmi masih mengekalkan keahliannya dalam PERKASA tetapi memutuskan hubungan dengan Umno. Irwan adalah ahli Umno Bahagian Ipoh Barat.
"Saya sudah tidak aktif lama (dalam Umno)," kata Irwan pada sidang akhbar yang diadakan selepas majlis penyerahan borang permohonan mereka itu.
Ditanya mengapa belia bertindak sedemikian, Irwan Fahmi berkata, hasratnya mahu Najib berundur sudah terpendam sejak Ogos 2013 tetapi kemelut ekonomi dan hak Melayu baru-baru ini mendesaknya supaya menyertai pembangkang.
“Dia macam ini, cukup mudah. Kita pergi tengok bola, penyokong dan pemain siapa yang bertugas untuk kemenangan? Penyokong menang sorak kampung tergadai.
“Umno (dan) BN akan jadi Melayu pada hujung tahun sahaja (menjelang perhimpunan agung Umno). Tiap-tiap hujung tahun dia (Umno) akan jadi parti lebid rasis.
“Cukup mudah, kalau ada PAU, ahli akan kata oi ini semua hidup...,” katanya.
Menurutnya, nasib orang Melayu di negara ini terus terpinggir dan masih tidak bawa berubah sejak negara ini mencapai kemerdekaannya.
“Yang perintah (negara) Umno dari 1957, daripada (logo BN) kapal layar sampai dacing, nasib Melayu masih lagi begini, salah DAP ke?
“Rizab Melayu tinggal 11 peratus siapa yang bagi, siapa perintah negeri? Soalan kepada Umno, cukup mudah, siapa khianat siapa?” soalnya.
-malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan