"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pramugari ‘kantoi’ makan makanan penumpang

Seorang pramugari digantung tugas selepas dirakam makan lebihan makanan penumpang dalam penerbangan Urumqi Air yang dalam perjalanan ke utara-tengah China.

Rakaman telefon mudah alih itu muncul dalam talian menunjukkan pramugari tersebut makan salah satu daripada 15 kotak lebihan makanan yang disusun di ruang katering pesawat.

Urumqi Air mengeluarkan kenyataan dua hari lalu dan mengesahkan wanita itu sendiri yang membuat rakaman itu untuk tujuan ‘suka-suka’.

Menurut Beijing News, klip video itu dirakamkan dalam penerbangan Urumqi Air kira-kira 45 minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Yinchuan di Wilayah Autonomi Ningxia pada 30 November.

Pramugari berkenaan dapat dilihat makan sekurang-kurangnya satu daripada 15 makanan yang telah dibuka. Difahamkan makanan itu adalah makanan yang tidak dimakan oleh penumpang.

Apabila video itu disiarkan di Weibo, platform media sosial seperti Twitter, Urumqi Air mengeluarkan kenyataan pada 7 Disember sebagai tindak balas kepada kejadian.

“Kami mengesahkan wanita dalam video itu adalah salah seorang pekerja kami di Urumqi Air. Atendan penerbangan itu tidak mengendalikan sisa-sisa itu dengan sewajarnya dan telah melanggar peraturan syarikat kami.”

Urumqi Air telah menggantung tugas wanita berkenaan dan memulakan siasatan penuh berhubung perkara itu.

Syarikat penerbangan tambang murah domestik itu beberapa jam kemudian menyatakan bahawa mengikut peraturan keselamatan makanan dalam penerbangan, semua sisa atau lebihan makanan harus dikitar semula.

Insiden tersebut telah menyebabkan perbincangan yang meluas di Weibo kerana ada yang percaya hukuman itu terlalu keras.

“Ia berlaku selepas semua penumpang makan, apa salahnya jika dia makan sedikit? Dia mungkin sangat lapar,” kata ‘siyueruesile’.

“Tak perlu gantung tugasnya hanya sebab makan sedikit lebihan makanan. Jangan terlalu keras terhadap pekerja anda, Urumqi Air!,” komen Aerozwc.

Tetapi terdapat pengguna bersetuju peraturan tersebut perlu dipatuhi pekerja.

“Walaupun ini bukan kejadian yang serius, petugas penerbangan harus mengikut peraturan syarikat. Jika tidak, bagaimana syarikat dapat menjamin pelanggan mereka mendapat perkhidmatan memuaskan?,” kata ‘bonaukou’. 
-mstar

Tiada ulasan: