"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak tahu apa nak jadi polis kat Malaysia ni?

Dua konstabel polis, buruh didakwa tembak peniaga
Kuantan – Dua anggota polis dan seorang buruh bakal berdepan hukuman mati apabila dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melepaskan tembakan terhadap seorang peniaga semasa melakukan rompakan, bulan lalu.

Konstabel Muhamad Nur Subhi Mohd Rakhzam, Konstabel Muhamad Amin Pauzi dan Muhammad Shafiq Sa’ari, semuanya berusia 25 tahun mengaku faham akan pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh kerana perkara itu terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Muhamad Nur Subhi didakwa melepaskan tembakan dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan ke atas Leong Tien Fook, 55, di premis DU-50, Batu 9, Kuantan di sini pada 5.30 pagi, 25 Nov lalu manakala Muhamad Amin dan Muhammad Shafiq didakwa melakukan kesalahan serupa dengan mengetahui rakan sejenayah mereka iaitu Muhammad Nur Subhi membawa senjata api.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 dan Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Jan depan untuk sebutan semula kes manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan. 
-Bernama

Tiada ulasan: