"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir sindir Sultan Selangor?

Saya pulangkan anugerah itu kerana tidak layak terimanya, kata Dr Mahathir
Bede Hong
Saya pulangkan anugerah itu kerana tidak layak terimanya, kata Dr Mahathir 
Bekas perdana menteri yang juga presiden Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad (tengah) pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Disember, 2017.

DR Mahathir Mohamad hari ini berkata, tindakan memulangkan semula anugerah kepada Sultan Selangor adalah kerana beliau merasakan sudah tidak layak untuk menerimanya.

"Saya tidak fikir saya cukup layak untuk dihiasi. Saya dihiasi kerana dia fikir saya berhak," kata bekas perdana menteri itu.

"Tapi kini saya cetuskan api ke seluruh negara ini. Saya rasa saya tidak layak lagi."

Ditanya sama ada tindakan memulangkan semula anugerah itu kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai satu bentuk bantahan, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, itu pendapat kamu."

"Ya saya sangat marah, kamu boleh lihat saya marah sekarang. Saya akan bakar kamu, saya selalu bakar sesuatu," kata Dr Mahathir ketika ditanya pendapatnya mengapa Sultan membuat kenyataan demikian.

Beliau bercakap kepada pemberita hari ini selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan Pakatan Harapan tindakan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Belia diminta untuk mengulas berhubung laporan The Malaysian Insight semalam bahawa beliau dan isterinya, Dr Siti Hasmah, mengembalikan dua anugerah kepada Istana Selangor Khamis lalu.

Dr Mahathir mengembalikan anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Darjah Kelas Pertama dan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK).

Dr Siti Hasmah mengembalikan SPMS dan anugerah Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS).

Dr Mahathir disebut oleh Sultan Sharafuddin dalam satu temubual dengan The Star minggu lalu, di mana baginda menyifatkan bekas perdana menteri itu yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun sebagai pemimpin yang mempunyai rasa rendah diri dan "kemarahannya boleh membakar negara".

Sebelum itu, sultan juga mengambil isu dakwaan menghina Dr Mahathir terhadap masyarakat Bugis.

Pada perhimpunan "Sayangi Malaysia, hapuskan kleptokrasi" di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, Dr Mahathir Mohamad menyelar Perdana Menteri Najib Razak sebagai keturunan "lanun Bugis".

Majlis raja-raja pada 2 November lalu mengeluarkan dua kenyataan yang menyatakan kemurkaan sultan terhadap ucapan Dr Mahathir, dan menggesa pihak polis menyiasat bekas perdana menteri itu kerana didakwa mencetuskan kebencian terhadap Bugis.

Ditanya hari ini sama ada beliau juga akan memulangkan anugerah lain, termasuk gelaran "Tun", Dr Mahathir menjawab, "Mengapa saya perlu berbuat demikian?"

Selepas persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Sirajuddin mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun".

Tiada ulasan: