"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Atuk, nenek, cucu dibunuh, dibakar

MUHAMMAD AFHAM RAMLI

Lokasi kejadian. - Foto Bomba Selangor
BANTING - Dua pasangan warga emas serta dua cucu dipercayai dibunuh sebelum dibakar.

Mangsa berusia lingkungan tiga hingga 60-an ditemui rentung selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 5.50 pagi.

Menurutnya, pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran pada jam 7.00 pagi dan menjumpai empat mayat yang telah rentung.

"Hasil siasatan awal bomba mendapati ada unsur khianat.

"Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Polis Selangor mendapati terdapat kesan luka dipercayai tetakan pada badan tiga daripada mangsa terbabit," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dipercayai telah dibunuh sebelum dibakar.

Katanya, bagaimanapun, punca kematian akan disahkan sepenuhnya selepas bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: