"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kejam, suami potong kedua-dua tangan isteri dengan kapak

Gara-gara cemburu melampau, seorang lelaki sanggup bertindak kejam memotong kedua-dua pergelangan tangan isterinya.

Dmitry Grachyov, 26, berbuat demikian kerana mendakwa isterinya, Margarita menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Doktor bagaimanapun berjaya menyambung sebelah tangan wanita itu semasa pembedahan kecemasan dilakukan.

Menurut laporan akhbar di Moscow, Grachyov didakwa mengheret isterinya ke dalam hutan dan memotong tangan mangsa menggunakan kapak.

Suspek bertindak di luar batasan kerana mahu isterinya mengaku curang.

Bagaimanapun, Grachyov yang panik selepas terlihat tangan Margarita berlumuran darah sempat menghantar isterinya itu ke hospital sebelum menyerah diri ke balai polis.

Margarita terpaksa menjalani pembedahan selama sembilan jam untuk menyambung semula salah satu pergelangan tangannya selepas insiden itu.

Namun pergelangan tangan kanannya mengalami kecederaan parah dan gagal diselamatkan.

Pasangan itu berkahwin selama lima tahun dan dikurnia dua orang anak lelaki masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Rakan Margarita yang menyifatkan mereka sebagai pasangan yang bahagia percaya wanita itu akan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.

Ahli keluarga Margarita turut mendakwa pernah terdengar Grachyov mengugut untuk membunuh isterinya itu dan sanggup dipenjarakan.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: