"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia hilang RM160 bilion sepanjang 2013-2015 kenapa tak tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat - Mahathir

ARIF ATAN
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan pentadbiran Najib Razak mencatatkan kehilangan mencecah AS$39.6 bilion bersamaan RM160 bilion hanya bagi tempoh 2013 hingga 2015.

Menurutnya, jumlah tersebut terkandung dalam laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) sekaligus merupakan kerugian yang jauh lebih banyak berbanding ketika pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

“Antara 2013 sehingga 2015, Bank Negara Malaysia kehilangan dan rugi sebanyak AS$39.6 bilion bersamaan RM160 bilion.

“Masa hilang itu masa (pentadbiran) Najiblah. Bila (Najib) menang PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13), jatuh nilai mata wang mendadak.

“Kita semua tahu. Hampir sekali ganda jatuh daripada RM3 turun sehingga RM4.50 bagi AS$1,” jelasnya dalam slot forum sempena mengumpul dana PRU-14 di Bangi Golf Resort semalam.

Pengerusi Bersatu itu berkata, langkah pentadbiran Najib mengukuhkan nilai mata wang negara gagal bahkan kerajaan di Parlimen tidak menjelaskan jumlah kerugian sebenar ditanggung walaupun didesak Pakatan Harapan.
Tun Mahathir dan Husam menjadi penal Hard Talk di Bangi.

“Untuk menguatkan wang ringgit ini, mereka masuk dalam pasaran dan cuba membeli sebanyak mungkin untuk memperkuatkan nilai ringgit tetapi seperti kita tahu mereka gagal.

“Sekarang ini pun nilai mata wang ringgit jatuh kepada RM4.20 bagi AS$1 sedangkan dulu RM3. Kita kehilangan hampir separuh nilai mata wang.

“Apabila Bank Negara membeli dan jatuh nilai mata wang itu maka kerugian yang dialami amat besar. Jumlah kerugian Ini diterbitkan dalam laporan Bank Negara dan ada soalan ditanya oleh Tony Pua di Parlimen tetapi tidak dijawab,” ujarnya.

Beliau bahkan menafikan alasan pihak kerajaan kononnya peningkatan pengeluaran faedah bank oleh pihak asing dalam Dolar Amerika punca kehilangan sejumlah besar wang negara.

“Sebenarnya mereka membeli berkali-kali, gagal dan mengalami kerugian sebanyak RM160 bilion iaitu tiga kali setengah ganda apa yang hilang 30 tahun dahulu,” jelas Tun Mahathir lagi.

Tiada ulasan: