"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 polis seorang daripadanya yang berpangkat inspektor rompak RM35,000 selepas serbu kedai emas

FMT Reporters
PETALING JAYA: Lima anggota polis merompak wang tunai RM35,000 dari sebuah kedai emas selepas mereka menjalankan operasi di premis itu minggu lalu.

Sin Chew Daily melaporkan kejadian itu berlaku pada 10 malam 9 Disember lalu di sebuah kedai emas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah mengesahkan 5 anggota polis, termasuk seorang daripadanya yang berpangkat inspektor ditahan Selasa lalu.

Katanya, 5 suspek itu dibebaskan dengan jaminan polis dan laporan siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada Jumaat.

Selepas menerima laporan daripada pemilik kedai emas itu, polis menahan seorang anggotanya berusia 51 tahun di sebuah rumah di Taman Desa Baiduri dan suspek itu mengaku terbabit jenayah itu bersama 4 rakan sejawatan berusia 28 hingga 34 tahun.

Difahamkan, suspek pertama yang ditahan polis itu mengakui mereka berlima terus berada dalam kedai emas itu selepas operasi selesai dan merompak wang tunai RM35,000.

Difahamkan, inspektor itu cuba menutup mulut 4 rakannya dengan memberikan RM700 kepada setiap seorang, tetapi mereka tidak menerima wang itu ketika disoal siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: