"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Mufti Perlis dakwa 'pengganas' bakar keretanya

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa 'pengganas' membakar keretanya pada pagi semalam.

"Selepas melihat CCTV (kamera litar tertutup), maka saya menyimpulkan ini merupakan perbuatan pengganas atau 'terrorist' yang boleh mengancam nyawa.

"Marilah kita berdoa agar dua individu yang disebutkan oleh Ketua Polis Perlis (Noor Mushar Mohd) yang dirakam oleh CCTV itu segera ditangkap.

"Sekali pun jika selepas ini saya akan menaiki (kereta Perodua) Kancil kerana kereta dibakar, tapi ini InsyaAllah, semoga Allah bantu, semangat saya tetap singa," katanya dalam satu kenyataan di dalam Facebook beliau hari ini.

Asri berkata, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bahawa tidak terdapat perbuatan sabotaj dan kebakaran tersebut berpunca dari bahagian dalam.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, punca kebakaran berkemungkinan dari bom petrol.

Semalam dilaporkan bahawa kenderaan Asri dipercayai dibakar pada bahagian bonnet dan cermin hadapan dipecahkan.

Kejadian itu berlaku di hadapan rumah Asri di Jalan Persiaran Wawasan di Kangar itu pada awal pagi.

Kes itu kini sedang disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan mengenai kesalahan jenayah khianat bakar, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.

Tiada ulasan: