"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon MCA di PRK Tanjung Piai tidak penuhi

MALAYSIA DATELINE
Berjasa di dalam sidang media memperkenalkan calon untuk PRK Tanjung Piai, hari ini.
Berjasa bersetuju dan menyokong kerjasama Pas dan Umno demi mengukuhkan kesepakatan sesama parti politik Melayu.

Namun menurut Presiden Berjasa Datuk Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz laluan yang diberi BN kepada MCA untuk bertanding di Tanjung Piai kali ini langsung tidak membawa aspirasi orang Melayu Islam masa kini.

Berjasa menghormati keputusan tersebut, namun merasa bertanggungjawab untuk memenuhi hasrat pengundi Melayu Islam yang mahukan calon muslim berwibawa.

Sehubungan itu, Berjasa mengambil keputusan untuk menghantar calon ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dalam rangka sistem demokrasi yang meraikan kepelbagaian dan perbezaan secara harmoni.

Badrulhisham berkata, prinsip Berjasa masih sama iaitu mahu mengangkat mesej ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Melayu Islam.

“Berjasa berharap agar pengundi Melayu Islam di Tg Piai membuat pilihan yang wajar dan bijak, berikutan kegagalan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji dalam pilihanraya lepas, malahan kuasa mereka juga didominasi oleh DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, jelas beliau keutamaan untuk mendapatkan semula dominasi kuasa politik Melayu melalui calon muslim berwibawa adalah satu keperluan nasional dan Tanjung Piai tidak terkecuali dalam merealisasikan keperluan utama ini.

‘Kita juga mengharapkan pengundi Tanjung Piai dapat menghantar mesej kepada umat Islam seluruhnya akan kegusaran umat Islam,” ujarnya.

Beliau yang merasakan pasca PRU 14 menatijahkan kehilangan dominasi kuasa politik Melayu dan Islam, sedangkan kestabilan politik negara bergantung pada dominasi tersebut selama lebih 60 tahun merdeka.

“Pelbagai fenomena yang diungkapkan sebagai “Islam dibuli” telah membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di sepanjang lebih setahun pemerintahan Pakatan Harapan,” katanya.

PRK Tanjung Piai merupakan yang kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ia bakal diadakan berikutan kekosongan kerusi Parlimen tersebut selepas penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia di Hospital Pontian, pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Allahyarham, yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Pakatan Harapan mencalonkan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, manakala BN meletakkan calon dari MCA Datuk Seri Wee Jeck Seng.

Calon parti Berjasa ialah Datuk Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham Abd Aziz, 56, yang juga merupakan Presiden parti
Berjasa., beliau juga merupakan anak kelahiran Muar Johor.

Tiada ulasan: