"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MT Umno tidak masuk campur tindakan disiplin 17 Ahli Parlimen

MALAYSIADATELINE
Sebarang tindakan disiplin terhadap 17 Ahli Parlimen Umno yang mengadakan pertemuan sulit dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya boleh diambil oleh Jawatankuasa Displin parti.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Tertinggi (MT) tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka kerana apa-apa siasatan dikawal selia oleh lembaga itu.

“Ia terserah kepada Lembaga Displin kalau mereka kata tidak mahu siasat, tidak. Jika mereka siasat kata tidak ada kes, jadi tidak ada kes. Kita serahkan sepenuhnya kepada Lembaga Disiplin,” katanya kepada media di lobi Parlimen,seperti dipetik laporan Malaysiagazette hari ini.
Ismail yang juga Ketua Pembangkang ditanya media sama ada MT akan mengambil tindakan terhadap 17 Ahli Parlimen yang menghadiri pertemuan sulit dengan Azmin.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bera itu berkata, laporan Lembaga Displin itu akan tetap diserahkan kepada MT Umno.

“Pengerusi Lembaga Disiplin kata ada laporan kepada dia dan serah kepada Lembaga Displin. Ia bebas dan MT tidak boleh campur tangan dalam cara bagaimana jawatankuasa itu nak handle kes-kes ini.

“Apabila sudah dapat keputusan, kita akan serahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan mereka akan tengok sama ada luluskan atau tidak ke MT dan MT lah yang akan buat keputusan terakhir,” katanya lagi.

Ditanya sama ada Umno ada menentukan tempoh masa terhadap Lembaga Displin parti itu untuk membuat siasatan, Ismail berkata, parti itu tidak memberikan sebarang tempoh kepada jawatankuasa berkenaan.

Selasa lalu, Pengerusi Lembaga Displin Umno, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berjanji akan mengambil tindakan segera berdasarkan prosedur sedia ada.

Malam Isnin lalu, sejumlah 17 Ahli Parlimen BN dan 5 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berkumpul di kediaman rasmi Azmin di Presint 10, Putrajaya.

Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam.

Tiada ulasan: