"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Covid-19: Menteri Jerman bunuh diri ‘terlampau bimbang’ impak Covid-19

AFP

Thomas Schaefer bekerja ‘siang dan malam’ untuk membantu syarikat serta pekerja menangani impak Covid-19 ke atas ekonomi Jerman. (Gambar AFP)
FRANKFURT: Menteri Kewangan dari negeri Hesse di Jerman, Thomas Schaefer, membunuh diri kerana “terlampau bimbang” dengan cara menangani impak ekonomi akibat penularan pandemik Covid-19, kata perdana menteri negeri itu, Volker Bouffier pada Ahad.

Schaefer, 54, ditemui mati berhampiran landasan kereta api pada Sabtu.

Pejabat pendakwa Wiesbaden percaya Schaefer mati akibat bunuh diri.

“Kami terkejut, kami tidak percaya dan amat sedih,” kata Bouffier dalam kenyataan yang dirakamkan.

Hesse yang menempatkan pusat kewangan Jerman, Frankfurt, di mana institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche dan Commerzbank menubuhkan ibu pejabat mereka di sana. Bank Pusat Eropah juga terletak di Frankfurt.

Bouffier mengimbau Schaefer, yang merupakan ketua kewangan Hesse selama 10 tahun, bekerja “siang dan malam” untuk membantu syarikat serta pekerja menangani impak pandemik itu ke atas ekonomi.

“Hari ini, kami terpaksa menganggap beliau sangat bimbang,” kata Bouffier yang merupakan sekutu Canselor Angela Merkel.

“Pada masa sukar ini, kita memerlukan seseorang seperti beliau.”

Schaefer yang popular dan dihormati ramai, dikatakan mungkin menjadi pengganti Bouffier.

Seperti Bouffier, Schaefer menganggotai parti CDU Merkel.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 anak.

Tiada ulasan: