"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Covid-19: Menara City One dilingkungi kawat berduri, 17 positif Covid-19

AKMAL MANAF
Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, kini dilingkungi dengan pagar kawat berduri susulan terdapat 17 kes positif jangkitan Covid-19 di situ.

Menurut hantaran di Facebook Azlan Zambry yang juga wartawan Wilayahku, petugas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelihatan bersiap siaga dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

“Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula berkawal di sekitar menara,” katanya hari ini.

Semalam, KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kes Covid-19 yang dilaporkan di Menara City One itu berkait dengan kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Dr Noor Hisham berkata, kes indeks di bangunan itu telah menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling.

Kes indeks kemudiannya menjangkiti 12 ahli keluarganya di bangunan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, KKM bertindak menasihatkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk kawasan berkenaan selepas kes meningkat dengan mendadak di lokasi itu.

Tiada ulasan: