"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin langgar arahan PKP?

Shahbudin Husin
Antara arahan yang dikeluarkan kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dikuatkuasakan ialah hanya membenarkan ketua keluarga saja pergi ke pasar atau pasaraya membeli barangan keperluan harian.

Ia bertujuan bagi mengurangkan jumlah orangramai keluar rumah, seterusnya mengelakkan kesesakan di pasar atau pasaraya.

Sejak arahan itu dikeluarkan, ramai ketua keluarga memaparkan gambar mereka pergi membeli barangan keperluan harian, walaupun bagi yang tidak biasa berbuat demikian, ia sedikit sebanyak menimbulkan masalah atau kesusahan kepada kaum lelaki.

Di kalangan pemimpin politik, Anwar Ibrahim selaku ketua keluarga juga terpaksa pergi ke kedai runcit berhampiran rumahnya bersendirian untuk mencari barang-barang keperluan bagi keluarganya.

Isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebagai mematuhi arahan kerajaan itu, akur dan tidak ikut sekali bersama suaminya.

Kemudian, langkah Anwar itu dituruti oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang juga pergi ke pasaraya bersendirian.

Isterinya, Rosmah Mansor turut akur dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkannya menemani Najib pergi membeli barangan keperluan harian bagi keluarga mereka.

Seterusnya, selepas itu Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu turut pergi ke sebuah pasaraya di ibukota untuk membeli barangan keperluan harian bagi keluarganya.

Pada mulanya, dipaparkan hanya gambar beliau seorang diri saja berada di pasaraya membeli barangan harian itu.

Entah bagaimana, rupa-rupanya ada yang dapat mengambil gambar curi pemergiannya ke pasaraya pada hari tersebut.

Ternyata, Muhyiddin sebenarnya ditemani isterinya, Norainee Abdul Rahman dan bukan pergi sendirian sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Tidakkah ini bermakna Muhyiddin telah tidak patuh kepada arahan PKP oleh kerajaan ikut tebuk atap yang dipimpinnya sendiri? (ShahbudinHusin 31/03/2020)

Tiada ulasan: