"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Covid-19: Lebih 43,000 terkorban, 870,000 kes jangkitan seluruh dunia

Malaysiakini
Penularan wabak Covid-19 yang diiktiraf sebagai pandemik telah mencatatkan 43,288 kematian dan 873,767 kes jangkitan setakat 7 petang waktu tempatan Malaysia.

Sebanyak 184,596 individu dilaporkan telah pulih daripada wabak ini. Jumlah ini bersamaan dengan 81 peratus daripada 227,871 kes yang diklasifikasi sebagai 'tutup kes', iaitu bermakna pesakit telah pulih atau meninggal dunia.

Manakala, lebih 43,000 yang meninggal dunia mewakili 19 peratus daripada jumlah kes yang ditutup.

Lebih 645,000 kes masih menerima rawatan dengan 33,620 berada dalam keadaan kritikal.

Wabak ini pada mulanya dikesan ertengahan Disember 2019 di Wuhan, Hubei China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.

Itali mencatatkan lebih 800 kematian hari ini menjadikan jumlah korban di negara itu 12,428 secara keseluruhan. Negara itu mencatatkan 105,792 kes jangkitan.

Ini disusuli Sepanyol 589 kes kematian baru hari ini membawa jumlah korban di negara itu 9,053 secara keseluruhan. Sepanyol mencatat 102,136 kes jangkitan, sekali gus menjadi negara ketiga melepasi 100,000 kes selepas Amerika Syarikat dan Itali.

Amerika Syarikat masih merupakan negara paling tinggi dari segi jumlah kes dengan 188,639 dengan melibatkan kematian 4,059. Ia diikuti China dengan 36 kes baru dan tujuh kematian menjadikan masing-masing 81,554 jumlah kes dan 3,312 kematian.

Jerman, Perancis, United Kingdom, Switzerland dan Belgium juga antara negara Eropah paling terjejas dengan wabak Covid-19 ini.

Jerman mencatat 72,383 kes dengan 788, Perancis 52,128 kes dengan 3,523 kematian, United Kingdom 25,150 kes dengan 1,789 kematian, Switzerland 16,605 kes dengan 433 kematian dan Belgium 13,964 kes dengan 828 kematian.

Manakala, Iran dilaporkan mencatat 47,593 kes dan 3,036 kematian berkait dengan Covid-19.

Tiada ulasan: