"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parti baharu Mahathir tak akan terikat dengan PH atau PN

SITI NUR ZAWANI MISCON
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharunya kelak akan berpandukan perjuangan asal parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun beliau berkata, parti baharu itu tidak akan terikat dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

“Parti baru tak akan terikat dengan mana-mana parti campuran. Tidak bersama PH atau PN.

“Asas perjuangan masih sama iaitu menghapuskan rasuah dan kleptokrat,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, menjawab persoalan mengapa parti baharunya tidak akan bergabung dengan PH, bekas Pengerusi Bersatu itu berkata kerana adanya masalah dengan salah satu parti komponen dalam gabungan tersebut.

“Kita nak bekerja dengan PH tapi kita ada masalah dengan parti lain di dalam PH,” katanya.

Tambahnya lagi, untuk mereka yang mahu menyertai parti baharu itu kelak, tiada jaminan akan ditawarkan jawatan sama ada dalam parti mahupun dalam kerajaan sekiranya mereka menang dalam pilihanraya akan datang.

“Tak ada jaminan bagi sesiapa untuk (ditawarkan) jawatan tertentu dalam parti atau kerajaan

“Ahli parti dan pegawai perlu terima dan amalkan perlembagaan serta peraturan parti,” katanya lagi.

Tiada ulasan: