"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hishammuddin Hussein kantoi hisap vape dalam dewan rakyat

Menteri Luar, Hishammuddin Hussein membuat permohonan maaf kepada Dewan Rakyat selepas video beliau menghisap vape semasa persidangan menjadi tular di media sosial.

"Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.

"Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi," ciapnya di Twitter sebentar tadi.


Terdahulu, seorang netizen yang dikenali sebagai Mhd Shamin berkongsi sebuah klip video selama 9 saat di Twitter menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berjalan.
 "Adoiii buat hal betul laa," ciap Mhd Shamin.
Beliau turut berkongsi video tersebut kepada bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sambil menulis: "Dr Dzul tengok ini ada orang hisap vape dalam dewan".
Sehingga pukul 3.30 petang, video tersebut dilihat lebih 38,700 kali oleh warga maya dan diciap semula sebanyak 800 kali serta menerima lebih 400 komen.

Tiada ulasan: