"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar) Menteri naik bas ekspres tanda besar PRU sudah muncul

FAZLI RADZI

Menteri naik bas ekspres tanda besar PRU sudah muncul

Rata-rata warga maya menganggap tanda besar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sudah muncul apabila ada menteri yang sudah menaiki bas ekspres untuk balik kampung.

Reaksi itu muncul selepas tular di media sosial gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Kelmarin, Mustapa, atau mesra dikenali sebagai Tok Pa, dilihat menaiki bas ekspres bersama beberapa orang pegawainya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Salak Selatan.

Dia kemudiannya tiba di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu sekitar jam 6 pagi semalam.

Tok Pa yang merupakan Ahli Parlimen Jeli sekali gus menjadi menteri pertama di Malaysia yang pulang ke kawasannya menaiki bas ekspres.

Bekas pesakit Covid-19 berkenaan yang bakal berusia 71 tahun pada 25 September nanti ialah wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tiada ulasan: