"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Roboh Surau: Kerajaan Kelantan didakwa mahu lenyapkan peninggalan Almarhum TGNA

NASUHA RAHMAN

Tindakan merobohkan surau yang terletak di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa disifatkan satu tindakan untuk melenyapkan peninggalan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Hassan berkata, surau yang penuh dengan nostalgia dalam kalangan rakyat Kelantan apatah lagi ianya adalah usaha daripada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu cepat dirobohkan.

Surau itu, katanya merupakan hasil sumbangan orang ramai yang dibuat secara gotong royong antara kakitangan kerajaan, swasta dan orang perseorangan bagi mendirikan surau yang penuh dengan seni bina yang begitu klasik.

“Tindakan meroboh secara rakus, seolah-olah tidak ada kasih sayang.

“Rakyat Kelantan mempunyai nostalgia apabila turun sahaja dari kapal terbang mereka akan akan solat di situ,” katanya.

Bagaimanapun, katanya rakyat negeri itu berasa sedih dengan tindakan terbabit apatah lagi sehingga sekarang kerajaan negeri tidak membuat apa-apa kenyataan.

“Apakah ini atas nama pembangunan?

“Antara pahala yang tidak berhenti adalah pahala memberi sedekah apatah lagi mewakafkan harta kita untuk membina surau tetapi dengan runtuhnya atau robohnya surau ini adakah pahala penyumbang akan terus mengalir?

“Adakah ini cara terbaik, kenapa surau berusia 30 tahun itu cepat dirobohkan?,” soal beliau.

Beliau turut membidas sikap berdiam diri pimpinan Pas terhadap tindakan terbabit.

“Bagaimana bagaimana perasaan pemimpin Pas melihat surau ini dirobohkan?

“Apakah reaksi pimpinan dan ahli Pas sekiranya surau dirobohkan di bawah kerjaaan DAP? Sudah pasti tidak akan berdiam diri dan memainkan isu ini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Ahmad Fathan Mahmood yang mengganti kerusi peninggalan Almarhum TGNA pula mempertahankan tindakan meroboh surau yang diusahakan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Menurutnya, surau baharu akan dibina dengan memastikan keadaan lebih kondusif sejajar pelan menaik taraf kawasan itu.

Katanya kerja-kerja merobohkan mengikut prosedur dan kontraktor yang bertanggungjawab sudah sedia maklum mengenai cara kerjanya selain yakin ia turut mendapat panduan daripada pihak mufti.

Tiada ulasan: